Berita tanpa di duga menimpa arena bola sepak Indonesia selepas Persatuan Bolasepak Indonesia (PSSI) secara rasmi mengumumkan pemecatan ketua jurulatih, Shin Tae-yong, berkuat kuasa hari ini.
Di sebalik perkara tersebut, timbul persoalan di kalangan peminat Sang Garuda mengenai keputusan itu sambil berteka-teki apakah alasan sebenar pengendali kelahiran Korea Selatan itu dipecat.
Meskipun mengiringi pasukan utama melangkap ke peringkat kalah mati saingan Piala Asia Qatar 2023 selain berjaya meneruskan cabaran dalam pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026, ia tidak memberi jaminan buat jurulatih berusia 54 tahun itu untuk kekal di Indonesia.
Anaknya, Shin Jae-won, dalam satu komen di Instagram menganggap keputusan tersebut ialah tindakan tidak wajar selain kecewa dengan berita itu.
“Mari lihat sama ada mereka mampu melangkah lebih jauh tanpa dia.”Ayah sudah memberikan segalanya untuk mengangkat Indonesia sehingga ke tahap ini,” katanya.
sumber:- stadium astro
Pemain Seongnam itu tidak berselindung mengenai layanan yang diterima oleh ayahnya terhadap badan induk itu.
“Saya ada banyak perkara yang ingin diperkatakan tentang bagaiman PSSI melayani ayah saya sepanjang lima tahun ini.”Tetapi saya memilih untuk berdiam diri,” tambahnya lagi.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More