sukan

Salah buat hal lagi

Mohamed Salah sekali lagi dikecam oleh penyokong beragama Islam selepas memuat naik gambar bersama keluarganya di hadapan pokok Krismas.

Bintang Liverpool yang beragama Islam itu menyertakan kapsyen foto dengan tanda pagar ‘#MerryChristmas’.Seperti tradisi bagi keluarganya, Salah; isterinya, Magi dan dua anak perempuan mereka, Makka dan Kayan, bergambar bersama pakaian tidur yang sepadan untuk menyambut Krismas, sambil tersenyum di hadapan pokok Krismas.

Mereka yang beragama Islam secara tradisinya tidak menyambut Krismas, namun ada sebahagian yang turut serta dalam perayaan berkenaan.

“Bro, awak mengecewakan saya,” tulis seorang pengguna di Instagram, di mana Salah berkongsi gambar itu kepada 63.7 juta pengikutnya.

“Padamkannya sekarang,” tulis seorang lagi, manakala seorang lagi penyokongnya berkata: “Pada tahap ini, saya sangat kecewa dengan anda.”

Seorang pengguna lain menulis: “Kami sebagai orang Muslim menjadikan awak contoh dan awak lakukan ini sebagai balasan,” disertai dengan tiga emoji menangis.

Namun, ramai juga yang membela Salah. Seorang peminat menulis: “Merry Christmas, Mo. Abaikan semua komen ini. Semoga awak dan keluarga menikmati musim cuti.”

sumber:- HM

Salah berada dalam prestasi cemerlang musim ini, menjaringkan 15 gol dan mencatatkan 11 bantuan gol setakat ini, menjadikannya calon untuk bersaing merebut anugerah kasut emas.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

3 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

4 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

5 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

5 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

6 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

7 hours ago