sukan

BAM akhirnya buka mulut isu libatkan Jurulatih Indonesia

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan ada menghubungi jurulatih berpengalaman dari Indonesia, Herry Iman Pierngadi mengenai potensi untuk menggalas tugas selaku ketua jurulatih beregu lelaki negara.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh bagaimanapun berkata, selain Herry yang diberi julukan Herry Ip, badan induk itu turut berhubung dengan beberapa lagi calon jurulatih yang layak untuk mengisi kekosongan ditinggalkan Tan Bin Shen.

“Ya, kami ada menghubungi Herry tetapi belum ada sebarang keputusan dibuat.

“Kami masih dalam proses menemubual beberapa lagi calon. Jadi, masih perlukan masa sebelum membuat keputusan,” katanya kepada BH Sukan.

BH Sukan Rabu lalu melaporkan Herry, 62, mengesahkan dirinya ada dihubungi BAM berhubung kemungkinan dilantik sebagai ketua jurulatih beregu lelaki negara yang baharu.

Jurulatih itu berkata dia bersedia untuk mempertimbangkan sebarang tawaran daripada BAM sekiranya dirasakan sesuai.

Kerusi ketua jurulatih beregu lelaki negara kosong selepas Bin Shen akan melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih beregu lelaki negara berkuat kuasa 13 Januari ini selepas menerima tawaran untuk bersama skuad badminton Hong Kong.

Selain Herry, dua lagi nama turut disebut-sebut bakal mengisi kekosongan ditinggalkan Bin Shen iaitu jurulatih dari Denmark, Mathias Boe dan Flandy Limpele dari Indonesia.

Herry adalah jurulatih yang memiliki reputasi besar selepas berjaya melahirkan juara Olimpik seperti Tony Gunawan-Candra Wijaya dan Hendra Setiawan-Markis Kido serta menghasilkan deretan pasangan bertaraf dunia.

Boe yang juga bekas beregu lelaki nombor satu dunia bersama Carsten Mogensen memainkan peranan penting terhadap kejayaan dilakar pasangan India, Sarwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.

Di bawah bimbingannya, gandingan itu berjaya memenangi pingat emas Sukan Komanwel 2022 dan Sukan Asia Hangzhou selain menjadi antara watak penting kejayaan India mencipta sejarah menjulang trofi Piala Thomas 2022.

sumber:- BH

Sementara itu, Flandy yang pernah bersama BAM pada 2020 hingga 2022 berjaya berjaya membantu Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih gangsa di Sukan Olimpik Tokyo.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

7 minutes ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

1 hour ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

2 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

3 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

4 hours ago