sukan

TERKINI : Singapura makin hampiri separuh akhir!

Malaysia dan Singapura terikat tanpa jaringan selepas 45 minit pertama pada aksi terakhir Kumpulan A Piala AFF 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Malaysia perlu memenangi perlawanan ini untuk merebut slot ke separuh akhir ketika Singapura hanya memerlukan seri kerana berkelebihan dua mata mengatasi skuad Harimau Malaya.

Pada aksi terbabit, Malaysia menguji gawang Singapura seawal minit kedua menerusi percubaan Sergio Aguero yang menuju tepat ke arah Mohamad Izwan Mahbud.

Malaysia terus garang menekan pelawat pada minit keenam, kali ini menerusi Endrick dos Santos namun masih tidak cukup untuk menembusi gawang kawalan Izwan.

Tuan rumah melancarkan gerakan menarik pada minit ke-28 menerusi gerakan daripada sebelah sayap kiri, sayangnya percubaan Stuart Wilkin tersasar tinggi sebelum Faris Ramli melepaskan rembatan tinggi untuk Singapura pada minit ke-35.

Malaysia terlepas peluang keemasan menjaringkan gol pada minit ke-41 selepas lambungan Haqimi Azim Rosli gagal ditanduk kemas Daniel Ting di hadapan pintu gol Singapura.

sumber:- BH

Penguasaan bola yang lebih banyak dimiliki Malaysia dengan sekurang-kurangnya tiga percubaan tepat bagaimanapun tidak mengubah keputusan dengan kedudukan 0-0 kekal sehingga tamat babak pertama.