Tiada kata-kata yang mampu diucapkan oleh pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente yang akui kecewa apabila pasukan negara diikat Singapura tanpa jaringan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), malam tadi.
Jelas Vicente, pemainnya sudah berjuang sehabis baik dan seharusnya keputusan lebih positif boleh diraih anak didiknya.
“Agak sukar untuk luahkan (komen mengenai perlawanan). Sudah tentu sedih kami akhiri perlawanan dengan cara begini.
“Pasukan negara sepatutnya boleh raih keputusan lebih baik daripada ini. Tapi kita tak dapat nak cari kemenangan.”Namun pemain beraksi dengan baik terutamanya apabila penyokong hadir beramai-ramai untuk berada di belakang pasukan,” katanya pada sidang media selepas aksi itu.
Malaysia memerlukan kemenangan untuk menghidupkan peluang layak ke separuh akhir namun keputusan seri itu menyaksikan pasukan sekadar menamatkan kedudukan Kumpulan A di tangga keempat.
Skuad negara nyata menguasai aksi sepanjang perlawanan namun ketumpulan jentera hadapan mengecewakan pasukan.
sumber;- HM
Ia sekali gus menyaksikan skuad negara mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Piala Asean kali ini.