sukan

TERKINI : ‘Sesuatu yang besar’ bakal gegar JDT

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat bola sepak tanah air apabila membayangkan ‘sesuatu yang besar’ bakal melanda Johor Darul Ta’zim (JDT).

Kenyataan penuh teka-teki itu dibuat selepas TMJ, yang juga pemilik JDT, bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi.

“Adalah satu penghormatan dapat bertemu dengan Pengerusi Qatar Sport Investment dan Presiden PSG, Nasser Al-Khelaifi. Sesuatu yang besar akan berlaku tidak lama lagi.

“Sesuatu yang belum pernah kami lakukan sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di laman X, HRH Crown Prince of Johor.Hantaran sama turut dikongsi di Facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers, sekali gus menambah rasa teruja dalam kalangan penyokong setia Harimau Selatan.

JDT kini sinonim dengan kehebatan di pentas bola sepak tempatan, mencatat rekod memenangi Liga Super selama 10 tahun berturut-turut sejak 2014.

Pasukan itu turut merangkul empat kali kejuaraan Piala FA dan Piala Malaysia. Dalam perkembangan lain, TMJ turut mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa), Gianni Infantino.

sumber:- HM

Hasil pertemuan itu, Infantino menyatakan komitmen Fifa untuk membantu pembangunan bola sepak Malaysia dalam tiga aspek utama iaitu penyelidikan, infrastruktur, dan pembangunan bakat.