Persekutuan Bolasepak Kemboja (FFC) melancarkan satu siasatan mengenai spekulasi mengatur perlawanan semasa pertembungan menentang Singapura dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024, minggu lalu.
Segelintir penyokong Kemboja mendakwa penjaga gol kebangsaan, Vireak Dara, melakukan percaturan terhadap aksi tersebut yang menyaksikan dia membuat dua kesilapan besar ketika tewas 1-2 kepada Singapura.
“Bagi semua pegawai dan pemain yang jujur dan tidak terlibat, tiada apa yang perlu dibimbangkan,” kata Panglima perang tentera Kemboja, Jeneral Sao Sokha.
Susulan perlawanan itu, peminat tempatan FFC menjalankan siasatan segera terhadap kontroversi itu untuk menentukan sama ada pemain itu melakukan kesilapan atau tidak.
“Saya ingin meminta FFC memeriksa dan menyiasat penjaga gol Kemboja yang sengaja melepaskan dua gol berturut-turut.
“Berapa jumlah akaun bank yang dimiliki?
sumber:- stadium astro
“Adakah jumlah baki akaun dia dan keluarganya meningkat secara mendadak?”Dengan membenarkan Singapura meraih dua gol merupakan 70 hingga 90 peratus (tindakan) itu daripada rasuah,” kata seorang peminat.