Ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil sewaktu perlawanan Liga Super Malaysia di antara Sri Pahang dan juara Piala FA 2024, Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Bekas pemain kebangsaan Singapura itu berang dan menganggap beberapa situasi pengadil, Ahmad Zuhaidi Dzulkifli, perlu dipersoalkan selain ia merupakan permainan yang tidak adil untuk anak buahnya.
“Terus terang saya cakap, saya paling tidak menyukai prestasi pengadil malam tadi.”Sekarang permainan bola sepak seperti ragbi. Ketika separuh masa pertama, Kpah Sherman kerap dikasari tetapi tiada sebarang sepakan percuma diberi.
“Namun, kami yang dilayangkan tiga kad kuning. Macam mana?”JDT langsung tidak diberi satu kad pun.
“Itu yang saya tidak puas hati. Tidak adil untuk kami,” katanya selepas perlawanan.
Pengendali berusia 62 tahun itu juga meluahkan hasrat mengenai tindakan pengadil yang menghadiahkan penalti kepada skuad tuan rumah selepas Arif Aiman Hanapi dijatuhkan pada minit ke-97.
“Bagaimana penalti diberikan apabila Arif Aiman sedang menggelecek bola kemudiannya terlepas, kami membuat ‘tackle’ bersih dan dia tercampak, tetapi permainan sudah diteruskan selama tiga minit, namun dipanggil semula?
sumber:- stadium astro
“Kurang baik untuk bola sepak. Menang kalah adat perlawanan.”Saya tidak boleh terima,” tambahnya.