Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengakui pemainnya berhempas pulas sebelum menang 3-1 ke atas Sri Pahang FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi.
Malah, dia mendedahkan formasi permainan pada babak kedua terpaksa dibuat bagi meraih tiga mata selepas berdepan kesukaran memecah benteng kebal skuad bimbingan Fandi Ahmad.
Beliau gembira dengan kesungguhan pemain JDT yang terus mengasak dan memberi tekanan tinggi ke kubu Sri Pahang.
“Seperti dijangka, ia perlawanan sukar apabila lawan bermain dengan kompak dan apa yang membezakan kedua-dua babak adalah posisi kami.
“Pada babak pertama, walaupun pemain bergerak tapi mereka tidak berada di tempat yang betul.”Kami perbaiki untuk babak kedua dengan ‘wing back’ kami bermain lebih lebar dan penyerang berada di dalam kotak penalti dan ia menjadikan satu permainan berpasukan yang baik.
“Saya tidak suka gawang dibolosi, namun inilah bola sepak dan kita perlu perbaiki bagi mengelak kesilapan sama berulang serta terus berkembang untuk terus menang,” katanya.
Bidoglio sedar penurunan prestasi Arif Aiman Hanapi pada dua perlawanan terakhir, namun dia tidak bimbang kerana Pemain Paling Bernilai (MVP) itu masih menjalankan tugas sebagai satu pasukan.
“Arif bermain baik sebagai satu pasukan dan dia banyak membantu pasukan, tetapi saya tahu bukan mudah untuk kekalkan tahap terbaik pada semua permainan.
sumber:- HM
“Kami ada satu lagi perlawanan penting berdepan Kuala Lumpur City FC (KL City) bagi aksi suku akhir Piala Malaysia, Sabtu ini dan mahu menutup 2024 dengan rekod cemerlang,” ujarnya.
Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More
Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More
Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More
PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More
Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More
MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More