Ketiadaan ketua pasukan, Safuwan Baharudin, diratapi Singapura yang menuntut mereka untuk mencari penyelesaian segera bersempena pertemuan dengan Thailand dalam Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024 di Stadium Nasional Singapura, petang ini.
Pemain serba boleh berusia 33 tahun tersebut yang membantu kemenangan skuad Seberang Tambak itu ke atas Kemboja (2-1) dan Timor-Leste (3-0) dijangka dipertaruhkan Selangor untuk menghadapi Perak dalam perlawanan Liga Super di Manjung, malam ini.
Justeru, rakan sepasukan di peringkat kebangsaan, Amirul Adli, menyeru kesemua pemain Singapura menampung ketiadaannya bagi menghidupkan misi ke separuh akhir, selain memadam badi kekalahan dalam lapan pertemuan terakhir mereka.
“Bertahan bukan setakat 4-5 pemain sahaja di bahagian belekang, tetapi ia melibatkan organisasi keseluruhan pasukan. Kalau kami beraksi bagus sebagai sebuah pasukan sepanjang 90 minit maka ia meningkatkan peluang kemenangan kami.
“Semua pemain harus menggalas tanggungjawab ini. Perlawanan ini amat penting memandangkan mereka merupakan seteru di ranking paling tinggi.
sumber:- stadium astro
“Untuk bertahan, sebagai pasukan kami patut boleh beraksi dengan lebih baik lagi,” katanya.Ketua jurulatih Singapura, Tsutomu Ogura, turut sependapat bahawa barisannya di bahagian benteng agak goyah dengan syarat mereka perlu bersatu padu.
“Jika seorang pemain hilang fokus, ia boleh menjadi sangat sukar,” katanya.
Seorang jurulatih bola sepak persendirian ditahan polis selepas dipercayai mencabul dua remaja perempuan berusia 13 tahun dalam kejadian berasingan yang… Read More
Selepas membantu Harimau Malaya menjulang kejayaan baru-baru ini, pemain naturalisasi negara, Endrick Dos Santos kembali beraksi untuk kelabnya di Vietnam.… Read More
Johor Darul Ta'zim (JDT) hari ini mengumumkan ketibaan pemain penyerang baru yang akan memperkuatkan pasukan itu dari Brazil iaitu Jairo… Read More
Pemain beregu campuran negara, Toh Ee Wei menyatakan rasa kagum terhadap gandingan No. 1 Thailand, Dechapol Puavaranukroh–Supissara Paewsampran yang dianggap… Read More
Pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Jasmir Mehat mempersoalkan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberikan lesen kebangsaan penuh kepada pasukan… Read More
Bertiup kencang ketika ini apabila pemain tengah muda Athletic Bilbao, Mikel Jaureguizar dilaporkan media Sepanyol bahawa bintang berusia 21 tahun… Read More