Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei, berkongsikan kisah lucu yang berlaku antara dirinya dan keluarga semasa mengunjungi sebuah pasar malam.
“Baru-baru ini bawa keluarga ke satu pasar malam berdekatan. Anak-anak saya syok melihat banyak variasi makanan.
“Tiba-tiba sampai di gerai durian. Kingston tahu Terrance tak boleh tahan bau durian.
“Kingston : “Terrance, kamu berani makan satu ulas durian, saya kasi kamu RM10.”Terrance pikir panjang sebelum berkata: Saya memang perlu duit nak beli komik. OK la..Saya makan..”
“Dia kepit hidung dan terus makan durian yg dijauhinya seumur hidup. Kingston gelak dan bayar RM10 Kat adiknya.
“Tiba tiba… dalam perjlanan nk pergi parking… sampai pula gerai tauhu busuk .Makanan ini paling ditakuti Kingston. Dia tauhu pon tak makan, apatah lagi tauhu busuk.
“Terrance: ” Kalo bang u berani makan , aku kasi u RM10.”Terpikir panjang Kingston sebelum cakap
“Aku dah hilang RM 10 tadi. Ah. Makan je la. Kan aku ni jantan sejati.
“Kepit hidung, mengalirnya air mata jantan sejatinya, Kingston menelan tauhu busuk yg orang biasa pon kurang yg suka. Terrance gelak kuat dan terus bayar.
“Aku terus tegur depa “Korang ni, tak tahulah bongok ke bendul. Dua dua makan bende yg paling ditakuti. Pastu satu sen pon takdak untung.”
“Begitula anak-anak LCW… aduh…” katanya.Dalam pada itu, Chong Wei turut meluahkan perasaan bangganya melihat semangat juang yang dipamerkan Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani hingga bergelar naib juara di Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF 2024, Hangzhou, China.
Menerusi perkongsiannya di laman Facebook itu, dia kagum dengan prestasi beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, yang memperagakan aksi diluar jangkaan di kejohanan itu dengan motivasi yang tinggi ketika beraksi di dalam gelanggang.
“Bangga melihat semangat juang luar biasa atlet negara di Kejohanan BWF World Tour Finals! Setiap pukulan, setiap langkah, setiap dive dan setiap titik peluh kalian adalah inspirasi untuk seluruh rakyat Malaysia.
“Teruskan berjuang, kita bersama anda! Big congratulations to Chen-Toh and Din-Fei for their outstanding performance at the BWF World Tour Finals! Your hard work, resilience, fighting spirit and teamwork were truly inspiring.
sumber:- stadium astro
“You’ve made Malaysia proud, and i hope this is beginning of an exciting journey. Keep pushing for greatness—every Malaysian is behind you!” tambayhnya lagi.
Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More
Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More