sukan

TERKINI : Tang Jie-Ee Wei sah muncul juara Kumpulan

Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, muncul juara Kumpulan B selepas menumbangkan lawan dari Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, dalam aksi dalam straight set 21-17,21-18 saingan peringkat kumpulan Kejohanan Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Wakil negara di ranking kelapan dunia itu tidak berdepan masalah untuk menewaskan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito dalam set pertama dengan beberapa kesilapan mudah dilakukan pasukan lawan memastikan Tang Jie-Ee Wei menang 21-17.

Lawan dari Jepun itu cuba bangkit dalam set kedua untuk membuat perhitungan dalam set penentuan, tetapi ketenangan wakil negara dengan gelaran ‘Little Gangster’ itu menyukarkan Hiroki Midorikawa-Natsu Saito untuk muncul juara Kumpulan A dalam aksi yang berlangsung selama 41 minit itu.

Dalam pada itu, satu lagi wakil profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, sedang membuat perhitungan berdepan wakil Indonesia dengan misi untuk mara ke pusingan separuh akhir.

sumber:- stadium astro

Tang Jie-Ee Wei melakar rekod kemenangan bersih selepas menewaskan rakan senegara, lawan dari Indonesia dan Jepun dalam saingan peringkat Kumpulan A.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

51 minutes ago
  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bekas bintang Harimau Malaya mendonia

Bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya, Liridon Krasniqi, kembali mencuri tumpuan dunia apabila menampilkan permainan luar biasa dalam Baller League, baru-baru… Read More

4 hours ago
  • sukan

Bintang EPL mengamuk dengan Singapura

Pemain pinjaman Sheffield United, Hamzah Choudhury, kelihatan berang dengan pemian Singapura selepas tamat perlawanan Kelayakan Piala Asia, Selasa lalu. Ini… Read More

4 hours ago
  • sukan

Taring skuad Malaysia makin tajam dengan kehadiran Bergson, Hidalgo

Taring skuad Harimau Malaya khususnya di jentera hadapan pasukan dijangka bertambah berbisa sebaik dua calon naturalisasi iaitu Bergson da Silva… Read More

4 hours ago
  • sukan

Selesaikan segera isu Pearly-Thinaah

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mahu isu membabitkan kontrak beregu wanita negara, Pearly… Read More

5 hours ago