Aksi luar biasa dengan 138 pukulan rali membuktikan semangat juang tinggi beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah dalam perlawanan pembukaan Jelajah Dunia Akhir BWF menentang pasangan Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida di Hangzhou, China, hari ini.
Bagaimanapun, pasangan nombor enam dunia itu terpaksa akur dengan kehebatan gandingan Jepun yang juga menduduki ranking keempat dunia, selepas tewas 13-21, 21-17, 21-18 dalam saingan Kumpulan A yang berlangsung selama 74 minit.
Ketika kedudukan 15-14 pada set penentuan, pertarungan sengit membabitkan 138 pukulan berpihak kepada Matsuyama-Shida, meskipun Thinaah sempat berlari keluar gelanggang untuk menukar raket.
Pasangan Jepun itu terus menguasai perlawanan dengan memenangi pertarungan rali seterusnya membabitkan 97 pukulan, sekali gus menjarakkan kedudukan menjadi 17-14.
Momentum Pearly-Thinaah yang sebelum itu berjaya memenangi set pertama 21-13 dan mendahului 8-5 pada set kedua mula terjejas apabila Matsuyama-Shida bangkit dengan strategi agresif mereka.
Sebagai rekod, ia adalah kekalahan ke-11 secara keseluruhan dan kelima berturut-turut Pearly-Thinaah di tangan Matsuyama-Shida dalam 12 perlawanan.
Menurut Thinaah, mereka akan mengambil iktibar daripada kekalahan itu.
“Semestinya ia tidak mudah bertemu dengan mereka (Matsuyama-Shida). Kami ada kelebihan pada satu ketika yang tidak dimanfaatkan sepenuhnya.
“Strategi kami pada set pertama sangat berkesan, tetapi mereka memberi tekanan hebat pada set kedua hingga kami hilang momentum,” katanya kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Thinaah turut mengakui bulu tangkis yang lebih perlahan pada set ketiga menyumbang kepada pertarungan panjang yang memihak kepada lawan.
“Mereka bijak mengambil peluang dalam situasi itu,” tambah Thinaah.
Kekalahan dalam aksi sulung itu menyaksikan Pearly-Thinaah berdepan misi wajib menang ke atas pasangan India, Treesa Jolly-Gayathri Gopichand dalam aksi kedua, esok bagi menghidupkan peluang mereka melangkah ke separuh akhir.
sumber:- BH
Dalam satu lagi aksi Kumpulan A, pasangan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning dipaksa bekerja keras sebelum melakar kemenangan ke atas Treesa-Gayathri 20-22, 22-20, 21-14 dalam tempoh 82 minit.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More