sukan

Tidak normal bagi saya — luahan Vicente

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente, tidak mahu menjadikan isu kekurangan pilihan pemain memandangkan saingan liga masih berlangsung sebagai alasan untuk melakar kemenangan berdepan Timor-Leste di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), esok.

Jurulatih berusia 41 tahun itu tidak memandang rendah terhadap lawan walapun terdapat jurang besar dalam kedudukan ranking sebaliknya komited untuk memberikan aksi terbaik untuk meraih tiga mata.

“Saya gembira dapat kembali di SNBJ lagi sejak September, banyak memori ketika itu. Setiap lawan akan memberikan cabaran, kami beraksi di laman sendiri jadi kami perlu tonjolkan karakter. Kami mahu fokus dan lakar kemenangan.

“Semua pemain dalam keadaan baik, tidak semua pemain tersedia dengan saingan liga masih berjalan. Semua perkara ini tidak normal bagi saya. Kami akan gunakan pemain yang ada dan bersedia.

“Persediaan agak pendek, tiada masa untuk berlatih dan tiada perlawanan persahabatan. Perkara ini bukan perkara yang idea, tetapi pemain dan barisan jurulatih sudah bersedia dengan motivasi yang tinggi.

“Perlawanan esok sangat penting, ini bukan perlawanan persahabatan dan ini adalah kejohanan dan kami mahu memperoleh tiga mata.” katanya dalam sidang media praperlawanan di SNBJ sebentar tadi.

sumber:- stadium astro

Sebelum ini, Malaysia sekadar meraih satu mata dalam perlawanan pertama Kumpulan H ketika berdepan Kemboja selepas terikat 2-2 sekali gus meletakkan skuad negara di kedudukan ketiga dengan satu mata.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

10 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

11 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

12 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

13 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

13 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

14 hours ago