Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia berkongsi khabar gembira apabila dirinya akan terus bersama penaja VICTOR sehingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA2028).
Khabar itu tentunya memberi suntikan semangat buat Zii Jia menjelang Final Jelajah Dunia BWF pada Rabu ini dengan pemain ranking kelapan dunia berkenaan diundi dalam Kumpulan A di Hangzhou, China.
“Saya akan meneruskan kerjaya saya ke arah Sukan Olimpik LA2028 bersama VICTOR,” tulis Zii Jia di akaun Instagram.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada VICTOR atas kepercayaan mereka yang tidak berbelah bahagi dan sokongan tanpa syarat untuk membolehkan saya bekerja semula dengan jenama kegemaran saya.
“Tidak lupa juga kepada kakitangan yang bekerja tanpa jemu sepanjang proses ini. Dengan mengimbas kembali mengenai cabaran, suka dan duka yang saya hadapi di sepanjang perjalanan ini, saya bersyukur kerana VICTOR sentiasa berada di sisi saya, menjadi sumber kekuatan sebenar saya.
“Di samping itu, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sentiasa menyokong saya dan memilih untuk bersama saya. Saya berharap bersama VICTOR, kita boleh terus menjadi sistem sokongan antara satu sama lain selain saya terus mengejar versi terbaik saya dan mengejar impian ke arah LA2028.”
VICTOR dan Zii Jia mula menjalin kerjasama sejak pemain berkenaan mengambil keputusan untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 2022.
sumber:- BH
Bagi musim ini, antara kejayaan besar pemain berkenaan adalah meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024, juara Terbuka Australia dan Thailand selain naib juara di Masters Malaysia.
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More
Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More
Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More