sukan

FAM pula bakal diheret ke Mahkamah

Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) akan memohon kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memeriksa kewujudan permit kerja bekas Pengarah Bola Sepak Perlis FA, Matt Holland yang dilantik semasa kepimpinan terdahulu pada 2019.

Ini selepas persatuan itu mengesyaki bahawa bekas pemain Swansea City FC itu tidak mempunyai permit bekerja di negara ini ketika ditawarkan jawatan berkenaan oleh Presiden PFA ketika itu, Allahyarham Datuk Ahmad Amizal Shaifit Ahmad Rafie yang membawa kepada penggantungan PFA sebagai ahli gabungan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akibat kegagalan membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada warga Britain berkenaan.

Presiden PFA, Zamri Ibrahim berkata, pihaknya sudah pun secara rasmi menerima surat penggantungan sebagai ahli gabungan FAM pada Khamis dan mereka sedang meneliti kandungan surat penggantungan serta dokumen berkaitan untuk mencabar keputusan FAM yang dianggap tidak adil bagi persatuan itu.

“Tindakan yang akan kita (PFA) ambil adalah memeriksa bersama JIM sama ada Matt Holland ini mempunyai permit kerja atau tidak ketika bertugas sebagai Pengarah Bolasepak PFA ketika itu dan sekiranya tiada di mana saya juga mengesyaki memang tiada (permit kerja), maka kita akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia serta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sama ada tuntutan beliau (Holland) itu sah atau tidak.

“Dalam hal ini juga, saya tidak faham mengapa FAM secara tiba-tiba menggantung kita tanpa ada sebarang sesi pendengaran atau penjelasan daripada kita dan jika diikutkan FIFA tidak pernah memberi tindakan arahan menggantung PFA dan yang minta untuk kita digantung itu adalah Holland sendiri.

“Jadi bila Holland minta FIFA untuk menggantung kita, FIFA kemudian menghantar satu surat rasmi kepada saya berhubung tuntutan berkenaan dan saya ‘lawan balik’ dengan menghantar jawapan balas berserta penjelasan yang diberikan dan FIFA kemudian tidak pun menggantung kita atas penjelasan yang kita berikan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, tanpa sebarang peluang diberikan, FAM secara tiba-tiba menggantung keahlian PFA sebagai ahli gabungan badan induk itu.

sumber:- BH

“Kita sedang meneliti surat penggantungan serta dokumen berkaitan isu ini malah sedikit masa lagi kita akan failkan kes di Mahkamah Tinggi Kangar untuk kita lawan balik keputusan FAM itu,” katanya.

Recent Posts

  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

9 hours ago
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

10 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

11 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

13 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

14 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

15 hours ago