sukan

TMJ perkenan Johor jadi tuan rumah

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, berkenan bagi menjadikan Johor sebagai tuan rumah bagi acara sukan bola sepak, Sukan SEA 2027.

Perkara itu dimaklumkan Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Mohd Hairi Mad Shah, selepas mengadap baginda Khamis lalu.

Kerajaan Negeri Johor sebelum telah menyampaikan hasrat kepada pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menganjurkan bola sepak Sukan SEA 2027 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Gelang Patah.

sumber:- BH

Selain SSI, Stadium Olahraga Mount Austin, Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin dan Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) turut ditawarkan untuk menjayakan temasya ke-34 itu kelak.Malaysia terpilih selaku tuan rumah buat kali ketujuh setelah edisi 1965, 1971, 1977, 1989, 2001 dan 2017.