Sri Pahang memadam impian Selangor untuk melangkaui pusingan 16 Unifi Piala Malaysia apabila melakar kemenangan 2-1 untuk mara dengan agreat 3-2 di Stadium MBPJ, sebentar tadi.
Sri Pahang terlebih dahulu merobek gawang tuan rumah di sebalik ancaman terhad yang dijelmakan menerusi sepakan penalti Manuel Hidalgo pada minit ke-25 selepas video bantuan pengadil (VAR) dirujuk.
Kedudukan itu memaksa ketua jurulatih Gergasi Merah, Katsuhito Kinoshi, memasukkan Faisal Halim dalam pengenalan separuh masa kedua.
Dan sekali lagi campur tangan VAR pada minit ke-68 apabila membatalkan jaringan pemain dari Jordan, Ali Olwan, yang didapati ofsaid.
Bagaimanapun, harapan yang cuba dijelmakan tuan rumah hanya bertahan lapan minit selepas ketua pasukan, Safuwan Baharudin, mengikat kedudukan 1-1.
Kesilapan pertahanan, Quentin Chen, yang menghalang larian Hidalgo terpaksa dibayar dengan harga mahal kerana memberikan satu lagi sepakan penalti kepada anak buah Fandi Ahmad.
Sergio Aguero tampil untuk menyudahkan situasi getir itu apabila tendangannya mengelirukan penjaga gol tuan rumah, Azim Al-Amin.
sumber:- stadium astro
Selangor sempat mencemaskan pintu gol Sri Pahang yang dikawal Zarif Irfan Hashimuddin pada minit-minit akhir permainan, namun penjaga gol itu menebus kehampaan minggu lalu di Temerlih dengan mempamerkan kekentalannya.Justeru, skuad Tok Gajah akan pertemuan dengan Perak di peringkat suku akhir pertengahan bulan ini.
Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More
Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More
Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More
PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More
Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More
MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More