“Saya sayang liga petani ini,” kata pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail.
Itu kenyataan Tunku Mahkota Ismail apabila membalas ciapan seorang pengguna platform X yang menyatakan JDT bertanding dalam liga petani sehingga mampu mencipta pelbagai kejayaan dalam tempoh sedekad ini.
“Saya sayang liga petani ini. Pasukan kecil dari Johor ini adalah pasukan nombor satu di Asia Tenggara dan nombor lima di Asia.
“Ada infrastruktur yang terbaik di Asia, ada akademi yang mendapat akreditasi Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).”Terakhir sekali, diiktiraf oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), AFC dan individu yang berjaya dalam industri bola sepak dunia.
sumber:- BH
“Boleh tahan juga untuk pasukan dari liga petani,” kata Tunku Mahkota Ismail.