sukan

TERKINI: Keputusan aksi JDT berdepan Shandong Taishan di ACLE

Hajat Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk mengukuhkan kedudukan di kelompok atasan saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Asia Timur musnah apabila tewas tipis 1-0 di tangan Shandong Taishan, malam tadi.

Kekalahan kepada kelab China di Stadium Olimpik Jinan itu menyaksikan JDT gagal meneruskan rentak positif sebelum ini yang mudah menundukkan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai di Stadium Sultan Ibrahim awal bulan ini.

Sebaliknya tiga mata penuh buat Shandong Taishan membolehkan kelab itu memperbaiki kedudukan untuk mengintai peluang mara ke pusingan 16 terbaik ACLE.

Dalam aksi itu, keadaan cuaca sejuk sekitar 3 darjah celcius pada awalnya dilihat langsung tidak menganggu rentak JDT yang menguasai perlawanan sejak awal.

Peluang terbaik skuad Harimau Selatan hadir pada minit 21 apabila lorongan bijak Juan Muniz di celah pertahanan berjaya menemui Jorge Obregon, namun penjaga gol tuan rumah, Wang Dalei tampil lebih bersedia menghalang.

Bintang bola sepak negara yang juga penjaring empat gol dalam saingan ACLE, Arif Aiman Hanapi melepaskan satu rembatan deras namun Dalei sempat menepis percubaan minit 34 itu.

Tiga minit selepas itu, Natxo Insa hampir ‘menghadiahkan’ gol kepada pasukan lawan apabila hantarannya menemui Liu Binbin dalam kotak penalti JDT namun percubaannya tersasar.

Juara Liga Super 10 kali berturut-turut itu mengejutkan kem tuan rumah dua minit sebelum rehat apabila Obregon menggegar gawang lawan selepas menerima hantaran Arif Aiman, namun gol itu dibatalkan kerana offside.

Memasuki babak kedua, pengendali interim Shandong Taishan, Tang Tian membuat dua pertukaran penting dengan memasukkan Cryzan dan Vako bagi menghidupkan jentera serangan.

Bi Jinhao mensia-siakan peluang keemasan di awal separuh masa kedua namun tolakannya melambung tinggi pintu gol sudah pun ternganga luas.

Kesilapan membuat perangkap offside oleh pertahanan JDT akhirnya memakan diri pada minit 69 apabila Zeca mudah melepasi pertahanan lawan sebelum menewaskan Andoni Zubiaurre di depan pintu gol.

sumber:- HM

Ketinggalan satu gol menyaksikan wakil negara itu cuba memburu jaringan penyamaan namun kelebihan satu gol itu kekal hingga wisel penamat, sekali gus ia kekalahan kedua JDT dalam saingan ACLE musim ini.

Recent Posts

  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

36 minutes ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

2 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

2 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

2 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

4 hours ago
  • sukan

Kontrak Akhyar masih belum ditebus

Peminat Terengganu FC (TFC) boleh menarik nafas lega selepas pemain sayap lincah, Akhyar Rashid belum lagi dirisik secara rasmi mana-mana… Read More

5 hours ago