Teka-teki mengenai kedudukan ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain yang dikatakan bakal meninggalkan pasukan terjawab apabila pihak pengurusan Sang Kenari mengumumkan peletakan jawatan beliau sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media oleh Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin, permohonan peletakan jawatan daripada NafuI itu sudah diterima dengan rasa berat hati berdasarkan pengorbanan dan sumbangan yang dicurahkan sejak menyertai Sang Kenari.
“Kedah Darul Aman FC ingin memaklumkan bahawa pihak pengurusan sudah menerima permohonan peletakan jawatan ketua jurulatih, Mohd Nafuzi Mahammad Zain pada hari ini.
“Permohonan ini sudah diperhalusi dengan sedalamnya oleh pihak pemilik, Ahli Lembaga Pengarah dan pengurusan, dan diterima dengan rasa berat hati tetapi penuh rasa hormat.
“Sejak bersama pasukan pada Disember 2022 hingga sekarang, beliau menunjukkan mutu kerja yang sangat tinggi dan komited serta jitu, dengan pencapaian tempat keempat Liga Super 2023 pada tahun pertama beliau bersama pasukan,” katanya.
Shahrul juga berkata pencapaian terbaik beliau semasa bersama pasukan adalah di peringkat separuh akhir Piala FA 2024 adalah pencapaian terbaik beliau semasa bersama pasukan.
“Dengan ini, KDA FC ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti beliau selama ini serta mendoakan beliau sukses selalu dalam perjalanan karier beliau selepas ini,” katanya.
Dengan pengunduran Nafuzi sebagai ketua jurulatih, Shahrul juga memaklumkan bahawa pihak pemilik, Ahli Lembaga Pengarah serta pengurusan KDA FC kini mengumumkan bahawa penolong ketua jurulatih iaitu Victor Andrag dilantik menjadi ketua jurulatih interim pasukan Liga Super Kedah bermula 25 November 2024.
sumber:- BH
“Pihak pengurusan akan menilai serta membuat keputusan dari masa ke masa mengenai calon ketua jurulatih pasukan yang tetap berikutnya mengikut keperluan pasukan untuk bersaing dalam baki kancah Liga Malaysia 2024/2025,” katanya.
Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More
Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More
Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More
Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More
MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More
Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More