sukan

Kehilangan Marin Pilj akhirnya terjawab

Kehilangan pemain import Terengganu FC (TFC), Marin Pilj akhirnya terjawab selepas pihak pengurusan kelab itu mengesahkan sudah melepaskan pemain berkenaan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club (TFC) Sdn Bhd, Mohd Sabri Abas menerusi kenyataan media rasmi kelab itu pada petang ini.

Jelas beliau, walaupun berat untuk melepaskan pemain kelahiran Croatia itu, namun pihak pengurusan terpaksa menerima hakikat kehilangan tonggak tengah itu walaupun sudah berunding.

“Pemain import, Marin Pilj dan kelab ini telah pun mencapai persetujuan bersama untuk penamatan kontraknya pada musim ini.”Walaupun ianya satu keputusan yang berat untuk melepaskan pemain pada pertengahan musim, namun melihatkan keadaan semasa melibatkan pemain tengah ini membuatkan keputusan tersebut terpaksa dilakukan,” ujar Mohd Sabri.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebelum ini pemain itu telah pun menghantar surat permohonan untuk penamatan kontrak secara bersama kerana dia tidak dapat memberikan fokus atas masalah peribadi.

“Dalam permohonan itu dia memaklumkan tidak dapat menyesuaikan diri berada di sini terutama baharu pertama kali berkelana ke Asia dari Eropah.

“Sebelum ini dia hadir kerana barisan kejurulatihan senegaranya berjaya meyakinkannya untuk bermain dalam Liga Malaysia (Liga M), namun apabila semua mereka tidak lagi bersama kelab, dia menjelaskan keadaan mentalnya bertambah teruk.

“Dia turut hadir bertemu pihak pengurusan kelab beberapa kali untuk membuat rayuan dan menerangkan keadaannya yang makin tidak stabil dan tidak mampu untuk memberikan komitmen penuh untuk berlatih dan menyertai perlawanan.

sumber:- BH

“Tapi pihak pengurusan sebelum ini memberikan ruang buat pemain itu untuk cuba hadir dan berlatih seperti kebiasaan, namun jelas pemain itu dia tidak dapat memberikan komitmen sepertimana yang diharapkan,” katanya.

Recent Posts

Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!
  • sukan

Ronaldo hantar jersi beserta mesej ‘mendalam’ kepada Presiden Trump!

Bintang ternama bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo, akhirnya menggunakan pengaruh yang dimilikinya itu untuk menghantar mesej yang jelas kepada Presiden… Read More

15 minutes ago
TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintangTERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang
  • sukan

TERKINI : JDT umum kejutan lepas 11 pemain bintang

Juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT), melepaskan 11 pemain serentak, sekali gus tidak berada dalam senarai… Read More

2 hours ago
  • sukan

Jurulatih Vietnam buka mulut lagi , perlekeh Malaysia

JAKARTA, 17 Jun – Usai tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan… Read More

3 hours ago
  • sukan

Futsal Indonesia dicemari aksi kung fu

GARUT, 17 Jun – Pasukan futsal tempatan, Pusaka, dilaporkan bakal menghantar aduan rasmi kepada pihak penganjur berhubung insiden yang melibatkan… Read More

4 hours ago
  • sukan

Siapa sangka JDT ada 2 Arif Aiman

Nama sama tapi bukan dia, Johor Darul Ta'zim (JDT) ada dua Arif Aiman! Satu situasi yang cukup unik dan jarang… Read More

5 hours ago
  • sukan

Terpanggil betulkan sentimen, Vietnam pertahan Harimau Malaya

Bola sepak Vietnam juga memerlukan perubahan, selaras dengan pendekatan yang digunakan pasukan berstatus gergasi dunia. Perubahan ini bukan sahaja melibatkan… Read More

6 hours ago