Bintang terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo disaman oleh doktor kosmetik selepas didakwa tidak membayar bil sebanyak RM224,000.
Dr Roshan Ravindran yang lebih dikenali sebagai Dr Rosh mendakwa bekas bintang Mancester United belum lagi membayar kos rawatan yang disediakan ketika pemain itu berada di Old Trafford pada 2021 dan 2022.
Bekas pakar jantung itu pakar mengendalikan rawatan seperti botox dan filler, penjagaan kulit dan rawatan kening.
Beliau menamakan Ronaldo dalam borang rasmi mahkamah namun tidak menyebut nama pasangan bintang itu, Georgina Rodríguez.Dakwaan itu turut menyatakan beliau memberikan perkhidmatan kepada Ronaldo ‘dan ahli keluarga dengan pengiring’ di kliniknya di Cheshire.
Ketika ditanya mengenai perkara itu, Dr Rosh berkata ‘prosedur undang-undang sedang berjalan dan sebagai seorang yang profesional, saya tidak bercakap mengenai pesakit saya.’
Sumber berkata ‘Dr Rosh ialah seorang doktor yang dihormati dan pakar di belakang figura penting termasuklah ahli politik terkemuka, kerabat diraja, bintang sukan dan ikon Hollywood.’
sumber:- BH
“Dr Rosh adalah pilihan nombor satu untuk prosedur seperti botox dan filler.”Kliennya menghargai kerahsiaan dan juga rawatan berkelas dunia.” -AGENSI