sukan

Rezeki , Aaron-Wooi Yik sah raih tiket Jelajah Dunia Akhir

Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik sah layak beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF di Hangzhou, China dari 11 hingga 15 Disember depan.

Ia selepas pencabar terdekat mereka dalam usaha meraih tiket ke Hangzhou, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi turut kandas di suku akhir Masters China selepas tumbang di tangan gandingan Korea Selatan, Jin Yong-Seo Seung Jae 22-20, 15-21, 14-21.

Aaron-Wooi Yik yang turun beraksi sebelum gandingan Jepun itu, mencetuskan resah apabila tersingkir di suku akhir selepas tewas kepada gandingan China, He Ji Ting-Ren Xiang Yu 23-25, 21-17, 12-21.

Untuk layak ke Jelajah Dunia Akhir yang menawarkan hadiah keseluruhan AS2.5 juta (RM11.18 juta) itu, Hoki-Kobayashi tiada pilihan lain selain perlu muncul juara Masters China.

Berdasarkan keputusan hari ini, Aaron-Wooi Yik akan melonjak ke kelompok tujuh terbaik ranking Jelajah Dunia sekali gus sudah tidak dapat digugat mana-mana pasanngan lain.

Hanya tujuh pasangan terbaik ranking Jelajah Dunia layak ke Hangzhou termasuk gandingan Taiwan, Wang Chi Lin-Lee Yang yang mendapat slot automatik selaku juara Olimpik Paris 2024.

sumber:- HM

Ia bakal menjadi penampilan kelima Aaron-Wooi Yik di Jelajah Dunia Akhir selepas edisi 2019, 2020, 2022 dan 2023.Satu lagi pasangan negara yang akan beraksi di Jelajah Dunia Akhir adalah gandingan profesional, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.