sukan

Sabah FC mohon maaf

Perlawanan kedua aksi pusingan 16 terakhir Piala Malaysia antara Sabah FC dengan PT Athletic FC pada 27 November ini tidak akan diadakan di Stadium Likas, di sini.

Pengurus Besar Sabah FC, Mohd Joh Wid berkata pada masa itu Stadium Likas digunakan bagi penganjuran Kejohanan Olahraga Remaja ASEAN.

Oleh itu, Sabah terpaksa ‘meminjam’ Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras, sebagai gelanggang perlawanan berkenaan.”Sabah FC memohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Perlawanan itu nanti dijadualkan bermula pada jam 8.30 malam dan tiket fizikal akan mula dijual bermula jam 12 tengah hari di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.

“Semua pas bermusim boleh digunakan di pintu utama stadium,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berharap penyokong setia Sabah di Semenanjung, khususnya yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur atau Lembah Klang dapat hadir memberikan sokongan padu kepada skuad Sang Badak.

sumber:- BH

Perlawanan pertama menentang PT Athletic juga diadakan di stadium sama pada jam 5 petang, Sabtu ini.