sukan

TERKINI: Indonesia lakar kejutan besar di Kelayakan Piala Dunia

Dua jaringan Marselino Ferdinan memastikan Indonesia menewaskan Arab Saudi 2-0 dalam perlawanan pusingan ketiga Kumpulan H Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di Stadium Gelora Bung Karno, sebentar tadi.

Gerakan serangan balas skuad Garuda membuahkan hasil selepas rembatan Marselino Ferdinan pada minit ke-32 memastikan Ahmed Al-Kassar mati langkah untuk memastikan Indonesia mendahului 1-0 dalam separuh masa pertama.

Skuad kendalian Shin Tae-yong memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri dengan beberapa siri percubaan hampir menggandakan jaringan tetapi sukar menembusi kekebalan benteng pertahanan The Green Falcons.

Begitupun, Marselino sekali lagi memanfaatkan gerakan dari sebelah kanan untuk menghukum Arab Saudi dengan jaringan kedua sekali gus memastikan Indonesia selesa mendahului 2-0 pada minit ke-57.

Walaupun pertahanan Indonesia, Justin Hubner, dilayangkan kad merah susulan melakukan kekasaran pada minit akhir perlawanan. Insiden itu tidak menganggu momentum Garuda untuk menamatkan aksi hingga wisel penamat dengan kemenangan 2-0.

sumber:- stadium astro

Kemenangan itu memastikan Indonesia meraih kemenangan pertama Kumpulan H serta mendaki kembali kedudukan ke-3 Kumpulan H dengan enam mata selepas enam perlawanan.