sukan

DSAT Group mahu saman Sanusi RM1 bilion

DSAT Group Sdn Bhd yang sebelum ini bercadang untuk mengambil alih Kedah Darul Aman (KDA) FC akan memfailkan saman sebanyak RM1 bilion terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor.

Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Azizul Tandek menyatakan demikian dalam hantaran di Facebook milik beliau semalam.

“DSAT Group memutuskan akan saman MB Kedah 1 bilion atas kenyataannya pada 7 November 2024 di MPSPK. See you in court (Jumpa anda di mahkamah),” tulisnya dalam hantaran itu semalam.

Ia merujuk kepada kenyataan Sanusi pada 7 November lalu ketika sidang media di Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK).”Kalau ada kemampuan, silakan. Kita harap dan berdoa dia adalah kemampuan, jangan scamlah, belum apa-apa lagi dah buat kenyataan macam-macam dah.

“Macam scammer tak baguslah. Dia tak ada sangkut paut dengan kita (kerajaan negeri) dia tak berurusan dengan kita dan dia tak perlu kebenaran saya atau Exco Sukan… perlu jumpa pihak peguam KDA,” katanya.

Sebelum ini, DSAT Group menerusi anak syarikatnya Mahsuri Medical Centre (MMC) menyatakan hasrat untuk mengambil alih KDA FC yang berdepan masalah kewangan termasuk tunggakan gaji pemain serta pegawai.

sumber:- BH

Pemilik KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar pada mulanya bersetuju apabila meminta MMC berunding dengan peguam kelab tetapi kemudian menarik semula pelawaan itu.