Saham bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi terus melonjak apabila nilai pasarannya kini mencecah 600,000 Euro (RM2.83 juta).
Tanda harga baharu buat Arif Aiman dikemaskini laman transfermarkt, Jumaat lalu dan jumlah berkenaan meningkat berbanding RM2.6 juta pada Disember tahun lalu.
Peningkatan nilai pasaran pemain berusia 22 tahun itu susulan prestasi cemerlangnya terutama bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).
Tanda harga itu meletakkan Arif Aiman sebagai pemain Malaysia kedua termahal selepas kapten Harimau Malaya, Dion Cools yang memiliki nilai pasaran RM3.8 juta.
Arif Aiman memperagakan prestasi terbaik dalam kancah saingan ACLE apabila menjaringkan empat gol selepas mengharungi empat perlawanan di peringkat Zon Timur.
Nilai pasaran Arif Aiman dijangka terus melonjak lebih tinggi jika dia terus konsisten menampilkan prestasi cemerlang dalam setiap perlawanan di pentas Asia.
sumber:- BH
Malah, kelibat Arif Aiman di atas padang turut menarik perhatian penyokong kelab gergasi Scotland, Rangers FC yang mencadangkan kelab berkenaan menyunting pemain sayap itu.