sukan

Keputusan Final aksi NFDP A berdepan Pattaya United

Skuad Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) A muncul juara bagi kategori Bawah 12 tahun (B-12) Piala Supermokh 2024 selepas menewaskan Pattaya United 1-0 dalam aksi sengit, sebentar tadi.

Ini menyaksikan skuad NFDP A berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi mereka musim lalu dengan mereka bermula garang menerusi beberapa percubaan menguji penjaga gawang lawan, Krhomkt Mangkasat.

Pemain tumpuan yang juga penyerang berbisa NFDP A, Badrul Hazim Hazmi terus memainkan peranan mengucar-kacirkan benteng pertahanan lawan menerusi gerakan larian solo.

Usaha berterusan tuan rumah memburu gol membuahkan hasil di penghujung masa kecederaan separuh masa pertama menerusi jaringan Muhammad Adam Zharif Zakaria pada minit ke-32.

Gol berpunca dari tindakan pantasnya yang menyambung hantaran rakan sepasukan sebelum melakukan rembatan kencang menewaskan Krhomkt untuk kedudukan 1-0 menuju ke bilik persalinan.

Memasuki babak kedua, Pattaya United dilihat banyak menyerang hingga menyebabkan NFDP A lebih banyak bertahan.Beberapa percubaan berbahaya menerusi kapten, Jirapat Tespan berjaya diatasi penjaga gawang NFDP A, Ahmad Faiq Furqun Ahmad Faisal yanh bertindak cemerlang memastikan gawang tidak dibolosi.

Tahap disipilin yang tinggi dan pertahanan kental dipamerkan anak didik Abdul Ghani Malek memastikan keputusan 1-0 itu kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Sementara itu, penentuan tempat ketiga dan keempat dalam kategori sama menyaksikan Akademi JDT menewaskan NFDP B menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

sumber:- BH

Menerusi penentuan sepakan penalti, tuah nyata memihak Akademi JDT apabila berjaya mengatasi lawan dengan keputusan 4-2.

Recent Posts

  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

3 hours ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

4 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

4 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

4 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

5 hours ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

5 hours ago