sukan

Buriram United lepaskan Cools kerana Malaysia

Buriram United terpaksa melupakan khidmat ketua pasukan Harimau Malaya, Dion Cools, bagi menghadapi kelab divisyen ketiga, Roi Et, dalam pusingan kedua Piala FA Thailand yang akan berlangsung esok petang.

Kekangan itu disebabkan oleh tugasan bersama skuad kebangsaan yang akan bertemu India bagi perlawanan persahabatan antarabangsa tier 1 di Hydrabad, malam ini.

Pertahanan warisan negara itu tidak dipanggil oleh kelab terkemuka Thailand tersebut susulan keperluannya dipertaruhkan mewakili Malaysia di bawah bimbingan Pau Marti Vicente dalam jadual kalender Persekutuan Bola Sepak Antarbangsa (FIFA).

sumber:- stadium astro

Dion Cools dijangka kembali memperkuat Buriram United menghadapi Kawasaki Frontale dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), minggu depan.