sukan

Dua Calon paling sesuai ganti Arif Aiman

Ketiadaan bintang sensasi, Arif Aiman Hanapi dan tonggak pertahanan kanan, Matthew Davies boleh dianggap skuad Harimau Malaya tempang menjelang aksi menentang India di Stadium Gachibowli, Hyderabad, malam esok.

Ia susulan keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melepaskan dua pemain itu bersama seorang lagi pemain pertahanan, Feroz Baharudin kembali ke pangkuan kelab mereka, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pengendali skuad kebangsaan, Pau Marti Vicente bagaimanapun dilihat mempunyai beberapa pilihan bagi mengisi kekosongan itu yang mana Safawi Rasid dan Haqimi Azim Rosli menjadi antara nama boleh menggantikan Arif Aiman di bahagian sayap kanan.

Pemain pertahanan kanan, Azam Azmi Murad yang sebelum ini sudah pernah menyarung jersi Harimau Malaya pula tampak calon ‘hangat’ untuk mengambil tugas yang ditinggalkan Davies.

Apa yang pasti, Vicente perlu membentuk skuad lebih mantap berbanding ketika berdepan pasukan di ranking 187 dunia, Laos, Khamis lalu dengan beliau menguji beberapa pemain termasuk Zhafri Yahya, Fergus Tierney dan Fazrul Amir Md Zaman yang tampil buat kali pertama bersama Harimau Malaya.

Kini, tugas lebih berat menanti Harimau Malaya berdasarkan beberapa faktor terutama kedudukan India yang berada di ranking 125 dunia selain skuad The Blue Tigers memiliki kelebihan beraksi di laman sendiri.

Perkara itu turut diakui Vicente dengan dia berkata: “Saya fikir India adalah cabaran yang sukar dan mereka mengintai untuk mendapatkan kemenangan selepas banyak perlawanan. Jadi kami perlu bersedia”.

India amat dahagakan kemenangan selepas tidak meraih sebarang kemenangan dalam 11 perlawanan terakhir mereka selepas menewaskan Kuwait 1-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, November tahun lalu.

Berdasarkan rekod pertemuan, kali terakhir Malaysia dan India bertembung adalah ketika kejohanan Pestabola Merdeka 2023, Oktober tahun lalu yang menyaksikan Harimau Malaya menang 4-2.

Namun, kapten India, Gurpreet Singh Sandhu yang juga pemain paling berpengalaman dalam skuad itu ketika ini melaungkan amaran awal bahawa mereka mahu memadam memori mengecewakan di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan meraih kemenangan di halaman sendiri.

Sementara itu, pengendali India, Manolo Marquez dalam artikel di laman rasmi Persekutuan Bolasepak Seluruh India menjangkakan aksi sukar buat kedua-dua pasukan sambil menjelaskan bahawa beliau mengenali Vicente.

“Pau Marti berasal dari bandar saya. Dia bekerja dalam pasukan Barcelona B sebagai penolong jurulatih. Dia mempunyai pengalaman luar negara di Hong Kong dan pernah menjadi penolong jurulatih Malaysia di bawah jurulatih Korea Selatan (Kim Pan Gon).

sumber:- BH

“Mereka (Harimau Malaya) mempamerkan permainan bola sepak yang bagus dan ia akan menjadi perlawanan yang sukar untuk kedua-dua pasukan,” kata Marquez.

Recent Posts

  • sukan

Pasukan baharu Ifwat Akmal

Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More

11 hours ago
  • sukan

Penangan Malaysia, Vietnam merana

Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More

12 hours ago
  • sukan

‘Thanks Boss for 20 years’, cetus tanda tanya

'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More

13 hours ago
  • sukan

Bukan bagus sangat, kena belajar dengan orang lain juga — Toh Ee Wei

Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More

13 hours ago
  • sukan

Shahidan akhirnya buka mulut dakwaan ugut atlet

Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim, menafikan dakwaan ugutan yang dibuat oleh atlet lempar cakera negara, Irfan Shamsuddin.… Read More

14 hours ago
  • sukan

TERKINI : Indonesia malukan Malaysia

Tamat sudah perjalanan skuad muda wanita negara selepas menamatkan kempen Piala AFF Wanita bawah 19 tahun (B-19) di tempat ketiga… Read More

15 hours ago