Perak Bison meneruskan rentak kemenangan kedua selepas menewaskan Royal Thai Air Force 2-1 dalam pertarungan sengit peringkat kumpulan dengan perlawanan rubber set 15-12,9-15,15-8, di Stadium MBSJ, Serdang Jaya sebentar tadi.
Royal Thai Air Force dibarisi Siriwat Sakha (Tekong), Wichan Temkort (Pengumpan) dan Phutawan Sopa (Perejam). Manakala, Dzafril Anuar mempertaruhkan Kritsada Sungvung (Tekong), Aidil Aiman (Pengumpan) dan Noraizat Nordin (Perejam) buat pasukan Perak Bison.
Anak buah Pollaphat Supakarn bermula garang dalam set pertama selepas mengikat Perak 10-10.Namun, Kritsada membuktikan kredibilitinya selaku tekong utama Perak selepas ketajaman servisnya menoktahkan mata akhir buat pasukannya untuk melakar kemenangan 15-12 dalam set pertama.
Begitupun, ketajaman Phutawan Sopa menjadi mimpi ngeri buat Perak dalam set kedua apabila terpaksa akur tewas dalam tempoh 20 minit untuk mengheret Perak ke set penentuan.
Perak kembali memperkemaskan corak perlawanan dengan lebih kemas dalam set penentuan dengan rejaman Noraizat mamastikan mata ke-15 buat Perak untuk menang 15-8
sumber:- stadium astro
Perak kini menghuni di kedudukan kedua di bawah Selangor Pistons yang menerajui Kumpulan B, manakala wakil dari Thailand itu di kedudukan ketiga.