TERKINI: Kebangkitan bergaya julang Lee Zi Jia ke suku akhir

Kebangkitan bergaya memacu pemain perseorangan profesional negara, Lee Zi Jia, melangkah ke suku akhir Masters Jepun selepas berhempas-pulas menewaskan Su Li Yang dalam pertembungan rubber set 19-21, 21-8, 21-16 di Kumamoto, sebentar tadi.

Pemain yang berada di ranking ketujuh dunia itu terlebih dahulu memimpin permainan 15-12 sebelum wakil dari Taiwan itu mengikat kedudukan 15-15 dalam aksi penuh debaran itu.

Atlet kelahiran Kedah itu kemudiannya mendahului semula 18-16 tetapi kebangkitan segera yang dipamerkan pemain ranking ke-34 itu jelas menutup ruang buat Zi Jia meraih kemenangan di set pertama susulan tumpas 19-21.

Memasuki set kedua, pilihan kelima kejohanan itu mengorak langkah lebih pantas untuk mengutip mata 11-5 demi menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya, esok.

Perbezaan sebanyak 13 mata nyata memberikan kelebihan buat pemain nombor satu negara apabila bertindak garang menamatkan permainan 21-8 menuju set penentuan.

Kedua-dua pemain tampak tidak mengaku kalah susulan persaingan sengit diterjemahkan bagi merebut slot ke suku akhir.

Zi Jia mengungguli set terakhir 13-7 dengan melontarkan asakan tanpa henti yang gagal ditangani oleh Su Li Yang. Zi Jia juga bijak menghidu peluang terbaik untuk menewaskan lawannya itu 21-16 dalam tempoh 62 minit, sekali gus menoktahkan kemenangan bergaya.

sumber:- satadium astro

Selepas ini, Rasmus Gemke atau Jonatan Christie bakal menjadi halangan terbaru di peringkat suku akhir kejohanan bertaraf 500 itu yang akan berlangsung esok.

Recent Posts

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New ZealandTERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand
  • sukan

TERKINI: Keputusan aksi Malaysia berdepan New Zealand

Skuad hoki negara terpaksa akur dengan kebangkitan New Zealand selepas tewas 3-4 dalam perlawanan kedua Kumpulan B, Kejohanan Piala Negara-Negara… Read More

6 hours ago
Peringatan tegas kepada pemainPeringatan tegas kepada pemain
  • sukan

Peringatan tegas kepada pemain

Di sebalik prestasi memberangsangkan barisan beregu lelaki negara, Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky memberi peringatan tegas… Read More

7 hours ago
  • sukan

Sah Kelab Korea sertai Liga di Malaysia

Kancah Liga A1 Semi Pro 2025-2026 bakal menjadi pertarungan lebih meriah apabila 16 pasukan mengesahkan penyertaan dalam saingan separuh profesional… Read More

8 hours ago
  • sukan

Komen wira Malaysia selepas aksi berdepan Pakistan

 Enam gol terhasil menghiasi pertembungan dua musuh tradisi iaitu Malaysia dan Pakistan yang sekali lagi berakhir dengan keputusan seri buat… Read More

10 hours ago
  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

11 hours ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

12 hours ago