sukan

TERKINI: Kejutan Badminton Masters Jepun

Beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, kandas dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters Jepun apabila dikejutkan dengan kekalahan di tangan beregu bukan pilhan dari Jepun, Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto, dalam aksi tiga set di Kumamoto hari ini.

Turun sebagai pilihan kelima, Pearly dan Thinaah, bagaimanapun, tewas mudah 9-21 dalam set pertama.
Gandingan negara itu kemudian bangkit mendominasi set kedua untuk menang 21-14, sekali gus mengheret permainan ke set penentuan.

sumber:- stadium astro

Mereka ketinggalan 11-6 dalam set penentuan dan biarpun dapat menyamakan kedudukan sebelum mendahului 19-15, Pearly dan Thinaah kehilangan cengkaman pada penghujung permainan untuk akur dengan kelahan 21-23 selepas secara keseluruhan bertarung selama sejam.