sukan

Peluang JDT ‘ratah’ lawan

Selepas beraksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), kini tumpuan Johor Darul Ta’zim (JDT) beralih pada saingan tertunda Liga Super berdepan Perak FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri, malam esok.

Aksi liga yang tertunda dua kali itu akibat keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di Ipoh menyaksikan Perak akan menjadi tuan rumah pada perlawanan menentang skuad kendalian Hector Bidoglio.

Bagi JDT yang masih dalam `mood’ gembira selepas menang 3-0 ke atas Ulsan HD FC dalam saingan ACLE sudah pasti tampak bersedia untuk `bertandang’ ke SSI walaupun berstatus pasukan pelawat tetapi tidak mustahil untuk barisan skuad Harimau Selatan melepas peluang memburu kemenangan.

Apapun JDT harus berwaspada dengan taktikal permainan skuad kendalian Yusri Che Lah yang kemungkinan menggunakan corak permainan bertahan dalam usaha mencari keputusan seri selepas dua perlawanan lalu ketika menentang Terengganu FC seri 2-2 dan terbaharu dengan PDRM FC seri 1-1.

Apa yang pasti, Bidoglio akan menurunkan kesebelasan terbaik termasuk mempertaruhkan peledak utama Harimau Selatan, Bergson da Silva yang sudah menjaringkan 16 gol dalam saingan liga selain kelicikan Arif Aiman Hanapi untuk `merempuh’ benteng skuad The Bos Gaurus.

Pengendali kelahiran Argentina itu juga perlu memanfaatkan peluang aksi berkenaan dengan menurunkan bekas bintang Real Madrid, Jese Rodriguez untuk pemain itu meraih minit permainan selepas hanya dimasukkan pada minit ke-64 ketika menentang Negeri Sembilan FC (NSFC) pada 1 November lalu.

Malah Rodriguez sendiri mengakui masih menyesuaikan diri dengan corak dan falsafah permainan skuad Harimau Selatan dan akan memberi yang terbaik seandainya diberi ruang beraksi.

“Saingan liga masih belum berakhir tapi kami gembira dengan prestasi pasukan ketika ini. Secara peribadi saya berasa sangat baik tapi saya percaya saya masih boleh meningkatkan lagi prestasi dan apa yang penting adalah kemenangan buat pasukan.

sumber:- BH

“Saya baru sahaja bersama pasukan dan masih lagi dalam proses untuk mendapatkan tahap kecergasan terbaik dan menyesuaikan diri,” kata Rodriguez.

Recent Posts

  • sukan

Saham ‘botak viral’ terus melonjak

Pendatang baru Liga Turkiye, Kocaelispor dilaporkan berminat mendapatkan khidmat penyerang baharu Harimau Malaya, Joao Figueiredo. Minat terhadap penyerang kelahiran Brazil… Read More

2 hours ago
  • sukan

“Kalau FIFA tak benarkan , Kenapa beraksi”

Pemain warisan meletakkan penanda aras yang tinggi dalam skuad kebangsaan selepas kejayaan membelasah gergasi Asia Tenggara, Vietnam 4-0 dalam aksi… Read More

3 hours ago
  • sukan

Nama Shin Tae-yong kini jadi sebutan sebagai pengendali baharu

Skuad kebangsaan China dilaporkan bersedia untuk memburu khidmat bekas ketua jurulatih Indonesia, Shin Tae-yong. Perkembangan ini hadir ketika pasukan kebangsaan… Read More

3 hours ago
  • sukan

DMA Islam kecewa pertarungan batal saat akhir

PEMPENGARUH media sosial, DMA Islam meluahkan rasa kecewa apabila pertarungan tinju menentang Abang Koroy sempena Hari Sukan Negara 2025 (HSN2025)… Read More

4 hours ago
  • sukan

Muka tetap Harimau Malaya jadi pilihan pasukan

Imigresen dilaporkan sedang dalam proses mendapatkan enam pemain yang pernah menyarung jersi Harimau Malaya bagi menghadapi saingan Liga Super musim… Read More

4 hours ago
  • sukan

Onana jadi kambing hitam

MANCHESTER United dinasihatkan agar tidak membazir wang untuk mencari pengganti Andre Onana. Nasihat ini datang daripada seorang legenda kelab yang… Read More

4 hours ago