Pemain beregu negara Ong Yew Sin kini meniti di bibir peminat badminton tanah air apabila dikatakan hangat bercinta dengan wanita berasal dari Jepun.
Lebih mengejutkan lagi wanita terbabit adalah pemain badminton profesional dari negara matahari terbit itu yang dikenali sebagai Aya Ohori.
Malah, ketika ini tular di platform X dan Tiktok bahawa gambar seorang lelaki dan wanita yang memakai ‘couple shirt’ sedang berjalan beriringan di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur.
Meskipun foto tersebut tidak menampakkan wajah mereka, namun rata-rata netizen yakin bahawa pasangan di dalam foto itu adalah Yew Sin dan Aya.
Malah video berdurasi 25 saat di Tiktok juga menunjukkan bahawa kedua-dua pemain itu sering bertegur jika terserempak ketika menyertai kejohanan antarabangsa.
Berita ini bukan sahaja menjadi perhatian warga Malaysia tetapi juga rakyat Indonesia yang mengakui ‘restu’ dengan hubungan itu
Mereka juga tidak sabar menanti pengumuman rasmi dan pengesahan daripada kedua-dua pihak berhubung status hubungan Yew Sin dan Aya.
Mengikut rekod, Yew Sin berpasangan dengan Teo Ee Yi dalam acara beregu lelaki dan kini menduduki tangga 21 dunia.
sumber:- HM
Aya pula ada pemain perseorangan wanita Jepun menduduki ranking kesembilan dunia namun baru-baru ini mengumumkan akan bersara hujung tahun ini.
PELARI pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi mencipta sensasi apabila membantu kuartet Universiti Auburn untuk menjuarai acara 4x100 meter berganti-ganti… Read More
Bek tengah Harimau Malaya, Facundo Garces, membuat hantaran media sosial pertamanya mengenai Malaysia sebentar tadi. Sejak disahkan sebagai pemain kebangsaan… Read More
Kedah Darul Aman bakal kehilangan penjaga gol selepas Ifwat Akmal Chek Kassim hampir pasti bakal menyertai PDRM untuk musim 2025/26.… Read More
Vietnam dijangka jatuh empat anak tangga ke kedudukan ke-113 dalam ranking FIFA Julai 2025 selepas kekalahan 0-4 kepada Malaysia padapusingan… Read More
'Thanks Boss for 20 years' menerusi hantaran video di Facebook rasmi Sri Pahang FC hari ini, mencetuskan tanda tanya mengenai… Read More
Beregu campuran negara, Toh Ee Wei, menyifatkan keputusan dalam dua kejohanan yang dihadapi selepas kembali bergandingan bersama Chen Tang Jie… Read More