sukan

Jumlah Habuan JDT dapat selepas bedal Juara Korea Selatan

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) menundukkan juara Liga Korea (K-League), Ulsan Hyundai dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Selasa lalu menyaksikan gergasi Liga Super itu meraih habuan mencecah RM4.4 juta selepas mengharungi empat aksi setakat ini.

Durian runtuh itu pastinya menyemarakkan lagi motivasi anak buah Hector Bidoglio untuk mengharungi baki saingan ACLE musim ini dan dilihat berpeluang cerah melangkah ke pusingan berikutnya.

Dua kemenangan dalam kempen kelab elit Asia masing-masing ke atas Shanghai Shenhua (3-0) dan Ulsan membolehkan skuad Harimau Selatan meraih 200,000 USD (RM880,000) menerusi peraturan wang ganjaran yang ditetapkan oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Untuk rekod, kelab yang bertanding di peringkat kumpulan ACLE menerima 800,000 USD (RM3.5 juta) sekali gus menjadikan keseluruhan yang diterima JDT berjumlah RM4.38 juta selepas mengharungi empat aksi.

Dua lagi perlawanan menyaksikan juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu seri 2-2 dengan kelab China, Shanghai Port dan tewas 3-1 di tangan Gwangju FC dari Korea Selatan.

Ketika ini, JDT menghuni tangga keempat carta Kumpulan Zon Asia Timur dengan tujuh mata dan masih memiliki baki empat perlawanan dalam tangan.

Selepas ini JDT akan bertandang menentang Shandong Taishan pada 26 November ini, diikuti bertemu Buriram United dari Thailand (3 Disember) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Wakil negara itu kemudiannya akan terbang ke Australia untuk berdepan Central Coast Mariners (11 Februari 2025) sebelum menutup kempen di depan penyokong sendiri menentang kelab Korea Selatan, Pohang Steelers (18 Februari 2025).

Jika mampu melepasi pusingan 16 terbaik, habuan sebesar RM880,000 menanti JDT manakala pasukan yang layak ke suku akhir pula akan menerima ganjaran RM1.77 juta dan tambahan RM2.65 juta sekiranya berjaya mara ke separuh akhir.

sumber:- HM

Jumlah bonus lebih lumayan bakal diterima pasukan yang berjaya melangkah ke final apabila juara akan menerima RM44 juta manakala pasukan naib juara RM17.7 juta.

Recent Posts

  • sukan

Peluang masih ada, bukan tertutup terus

Bekas pemain kebangsaan, S Subramaniam menyifatkan kehadiran ramai pemain warisan dalam skuad kebangsaan dan peningkatan jumlah pemain import di pentas… Read More

46 minutes ago
  • sukan

Mereka Empat langkah kedepan

Perbezaan kualiti ditampilkan pemain warisan ketika membantu Harimau Malaya membelasah Vietnam 4-0 dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium… Read More

1 hour ago
  • sukan

Masih terlalu awal untuk nilai Palmero

 MASIH sukar untuk menzahirkan gambaran sebenar tentang kemampuan Gabriel Palmero memandangkan pasukannya, CD Tenerife B yang meminjamnya daripada kelab La… Read More

2 hours ago
  • sukan

Dickson Nwakaeme kembali ke Kelantan

Hanya masa menentukan semula penyatuan kembali bola sepak Kelantan. Itulah harapan yang kini mula menyinar semula di hati peminat bola… Read More

4 hours ago
  • sukan
  • tempatan

Perpindahan yang sudah dijangka

Penghasilan bakat di Johor, menjadi pemain penting Sri Pahang dan pulang semula ke Johor. Kelincahan pemain berusia 23 tahun, Ibrahim… Read More

6 hours ago
  • sukan

Bayangan status Natxo Insa bersama JDT

Pemain kelahiran Sepanyol, Natxo Insa, tampak kekal bersama juara Liga Super 11 kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjelang musim… Read More

7 hours ago