sukan

Erick Thohir pelawa TMJ

Pengerusi Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia, Erick Thohir mengalu-alukan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail membuat pelaburan di Indonesia.

Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini memuji Erick dengan menganggap beliau memiliki kemampuan kewangan, pengetahuan dan hubungan peringkat antarabangsa dalam bola sepak.

Erick turut menjelaskan bahawa tidak salah sekiranya terdapat pemilik kelab mahu membuat pelaburan dalam kelab lain di luar negara.

“Tentu itu pendapat dari luar negara. Tetapi jika dari Johor ingin melabur dalam bola sepak di Indonesia, kami mengalu-alukannya. Sebab Liga 1, Liga 2, akan menjadi liga yang sangat profesional,” kata Erick seperti dilaporkan CNN Indonesia.

“Jadi, misalnya pengeran dari Johor mahu melabur di Indonesia, kita alu-alukan, supaya bola sepak kita juga lebih tinggi dengan pelaburan dari pelbagai negara”.

Erick menjadi perhatian selepas beliau berjaya menaikkan kualiti pasukan kebangsaan Indonesia ke tahap terbaik dengan skuad Garuda sudah mengesahkan tiket ke Piala Asia 2027 di Arab Saudi.

sumber:- BH

Skuad kendalian Shin Tae Yong ketika ini juga sedang bersaing dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026 dan berada di kedudukan kelima Kumpulan C.