Legenda bola sepak negara, Datuk Jamal Nasir Ismail, percaya bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, akan terus membuktikan kualiti dimilikinya walaupun telah tampil menyerlah dalam saingan domestik dan Asia ketika ini.
Menurutnya, pemain berusia 22 tahun itu masih mampu meningkat naik, sekali gus menjadi antara pemain terbaik yang pernah dimiliki negara.
“Saya rasa dia sudah mematangkan dirinya pada usia muda lagi ketika umur 19 sehingga 21 tahun dengan banyak perkembangan yang bagus.
“Dia memang dah tampil dengan prestasi yang baik, namun saya percaya dia masih mampu untuk meningkatkan lagi permainannya untuk tempoh lima atau enam tahun lagi.
“Namun, bagi saya, Arif Aiman perlu berani berkelana ke luar negara seperti di Eropah atau Jepun untuk meningkatkan lagi kemahiran dan mencari pengalaman.
“Dalam Liga Malaysia ini dah tidak ada apa untuknya dan tiada pemain dapat cabar dia. Macam kacang saja dia buat dalam saingan liga negara,” katanya.Sudah tiada apa untuk dikejarkan dalam negara .
Arif Aiman terus menampilkan prestasi cukup membanggakan di pentas Asia selepas meledak satu gol dalam kemenangan 3-0 ke atas pasukan dari Korea Selatan, Ulsan HD, dalam aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) pada Selasa lalu.
Jaringan itu gus meletakkan dirinya dalam senarai penjaring terbanyak ACLE di kedudukan kedua dengan empat gol.Dalam pada itu, Jamal Nasir juga percaya aksi konsisten Arif Aiman bersama JDT akan dapat membantu Harimau Malaya dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini.
Malah, dia turut tidak melihat adanya jurang dari segi prestasi apabila Arif Aiman beraksi bersama dengan JDT atau Harimau Malaya seperti yang didakwa sesetengah pihak.
“Saya tak nampak beza prestasi Arif Aiman bersama JDT dan Harimau Malaya. Cuma, saya nampak ketika bersama Harimau Malaya, dia sering dijaga dengan ketat oleh lawan.
“Namun, dia tetap menyerlah boleh jaringkan gol dan sebagainya. Mungkin dengan JDT ini dia dah serasi sangat dengan pasukan dan sebab itu nampak dia sangat selesa.
“Bagaimanapun, saya yakin Arif Aiman mampu mengekalkan prestasinya untuk membantu pasukan Harimau Malaya fslsm perlawanan persahabatan bulan ini,” katanya.
sumber:- stadium astro
Skuad negara akan mengharungi dua aksi persahabatan menentang Laos di Bangkok pada 14 November dan kemudiannya menentang India pada 18 November di Hyderabad.