Pilihan utama Masters Korea, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya mara ke separuh akhir selepas mengetepikan pasangan tuan rumah, Kim Jae Hyeon-Lee Sang Won sebentar tadi.
Aaron-Wooi Yik yang juga gandingan nombor enam dunia, tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Jae Hyeon-Sang Won 21-17, 21-12 di Gimnasium Iksan.
Menanti mereka di separuh akhir kejohanan berstatus Super 300 esok ialah gandingan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi Lin dari Taiwan.
Bagaimanapun, Hsiang Chieh-Chi Lin dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan beregu China, Xie Hao Nan-Zeng Wei Han 21-12, 16-21, 21-19 untuk mengesahkan slot ke separuh akhir.
sumber:- HM
Kemenangan berkenaan nyata memberi suntikan semangat buat Aaron-Wooi Yik dalam usaha cuba layak beraksi di Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, bulan depan.