Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tiada masalah untuk menewaskan bekas juara dunia dari Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Shin Baek-cheol, dalam aksi straight set 21-18,21-17, dalam saingan Masters Korea Selatan BWF di Iksan City, sebentar tadi.
Wakil negara yang merupakan pilihan utama kejohanan berstatus Super 300 itu hanya memerlukan tempoh 32 minit untuk mengesahkan tempat ke saingan suku akhir, esok.Terdahulu, Wooi Yik mengalami kecederaan keretakan jari kaki sejurus selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
sumber:- stadium astro
Dalam pada itu, satu lagi wakil perseorangan lelaki negara, Kok Jing Hong, terpaksa akur apabila tewas 20-22-14-21, berdepan wakil dari Jepun, Takuma Obayashi.