Adakah pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain turut menjadi individu yang akan menyertai pasukan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail dalam misi merevolusikan bola sepak negara?
Persoalan itu ditimbulkan penyokong bola sepak negara selepas Tunku Mahkota Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) berkongsi gambar beliau bersama Nafuzi menerusi platform X.
Dalam kemaskini sama, Tunku Mahkota Ismail turut berkongsi gambar beliau bersama pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah.
Turut dimuatnaik naik adalah gambar Tunku Mahkota Ismail di Stadium Sultan Ibrahim serta gambar pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) bersama Ulsan Hyundai sebelum aksi Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), semalam.
Terdahulu, BH Sukan melaporkan timbul spekulasi mengenai bekas pemain Everton itu menjadi antara individu yang akan menyertai Tunku Mahkota Ismail dalam usaha merevolusikan bola sepak negara.
Khabar angin itu bertiup kencang selepas bekas pemain Everton sebelum ini sudah bertemu Tunku Mahkota Ismail bersama Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim (JDT, Alistair Edwards dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ogos lalu.
Sekiranya benar, sudah pasti ini satu perkembangan positif memandangkan Cahill berpengalaman beraksi di peringkat tertinggi dan sudah tentu ini menjadi aset untuk membantu perkembangan bola sepak negara.
sumber:- BH
Cahill bukanlah satu nama asing dalam bola sepak antarabangsa khususnya ketika zaman kegemilangannya bersama Everton di Liga Perdana Inggeris (EPL) selain bertugas di Akademi Aspire, beliau turut dilantik sebagai Pengarah Teknikal Persatuan Bolasepak Qatar (Qatar FA).