“38 tahun. Apabila anda ada sebuah Ferrari, anda perlu ada seorang Schumacher,” kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, dalam satu ciapan X sepertinya memberikan pujian buat pemain tengah veteran kelab itu, Natxo Insa.
Biarpun kian berusia, pemain kebangsaan itu memainkan peranan penting sebagai enjin tengah Harimau Selatan musim ini, memacu juara 10 kali berturut-turut Liga Super itu mengekalkan rekod tanpa kalah di peringkat domestik dan kini menduduki tangga ketiga Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) Zon Timur dengan tujuh mata daripada empat perlawanan.
Natxo sekali lagi memainkan peranannya ketika JDT menewaskan Ulsan HD 3-0 dalam perlawanan ACLE di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri malam tadi.
sumber:- stadium astro
Sebagai rekod, Michael Schumacher merupakan legenda sukan permotoran dunia, di mana dia merupakan juara dunia Formula Satu (F1) tujuh kali, lima daripadanya bersama pasukan Ferrari.