Rekod pertemuan di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Ulsan HD memihak kepada skuad Harimau Selatan susulan meraih empat kemenangan dalam lima perlawanan di pentas tertinggi Asia.
Pasukan bimbingan Kim Pan-gon berputih mata selepas tumpas kepada JDT 0-3 di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), semalam.
Di sebalik kejayaan memukau di hadapan 34,236 peminat, ada beberapa perkara menarik yang menjadi perhatian umum warga maya.
Kelibat bekas pengendali Selangor, Tan Cheng Hoe, bersama seluruh pasukan JDT termasuk Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ), dalam satu hantaran rasmi JDT menerusi laman X.
Dalam masa sama, tumpuan turut terarah kepada Bergson Da Silva yang kelihatan menitiskan air selepas menjaringkan gol ketiga buat skuad kendalian Hector Bidoglio, semalam.
sumber:- stadium astro
Rata-rata peminat menimbulkan persoalan terhadap maksud tangisan emosi itu yang menjadi tanda tanya.Satu lagi figura Liga Super Malaysia iaitu jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain, juga berada di SSI bagi menyaksikan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE).