Jurulatih kelab Ulsan HD yang juga merupakan bekas ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon memberitahu dengan jelas misi beliau hadir ke Malaysia bagi perlawanan menentang JDT, malam ini.
Dalam sidang media pra-perlawanan semalam, Kim Pan-gon mahu anak buahnya melakukan yang terbaik bagi menghadapi cabaran JDT di SSI.
Hal ini kerana Ulsan HD tidak mempunyai rekod yang baik dalam 3 aksi terakhir Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) apabila tewas kepada 3 kelab Jepun iaitu Kawasaki Frontale 0-1, Yokohama FM 0-4, dan Vissel Kobe 0-2.
“Saya sangat teruja untuk berdepan JDT yang merupakan pasukan terbaik Asia Tenggara” ujar Pan-gon.”Saya tahu pencapaian JDT dalam tiga aksi terakhir, sangat kuat. Kami akan lakukan yang terbaik untuk bersaing dan mendapat tiga mata esok.” tambahnya.
sumber:- stadium astro
Aksi menarik JDT menentang Ulsan HD akan berlangsung pada Selasa, 5 November jam 8 malam ini di Stadium Sultan Ibrahim, menerusi saluran Astro Arena Bola CH803 dan strim secara langsung melalui aplikasi Astro GO & sooka.