sukan

Kata-kata Zii Jia buat peminat cilik ‘berdiri bulu roma’

Pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, terlibat dalam sesi bertemu dua peminat muda dan berkongsikan cita-cita terbesarnya dalam sukan badminton iaitu untuk menjadi juara dunia.

Sesi temu bual antara Zii Jia dengan dua peminat -Aden dan Joey- berlangsung dalam segmen Badminton Buddy Chat yang dikongsikan Persekutuan Badminton Dunia dan penaja Kejohanan Piala Thomas & Uber 2024 iaitu TotalEnergies.

Ketika ditanya cara untuk menjadi seperti dirinya, Lee Zii Jia menjelaskan: “Saya mula belajar bermain badminton ketika berusia sama seperti kamu (Aden dan Joey.

“Saya rasa perkara asas yang penting seperti yang pernah dikatakan ‘Kota Rom tidak dibina dalam sehari’. Kamu perlu gigih berusaha. Kamu mungkin akan melalui detik yang sukar semasa mencuba tetapi jangan berputus asa hingga penghujungnya.

“Saya mahu menjadi yang terbaik di dunia dan menjadi juara dunia. Saya rasa kamu berkongsi tujuan yang sama dengan saya.” katanya.

sumber:- stadium astro

Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Paris 2024 itu dijadualkan akan kembali beraksi dalam kejohanan kompetitif di Kumamoto Master pada 12 hingga 17 November depan.