sukan

Futsal ASEAN: Keputusan aksi Thailand berdepan Malaysia

Skuad futsal negara tewas kepada Thailand 1-3 dalam saingan Kumpulan A Kejuaraan Futsal ASEAN 2024 yang berlangsung di Terminal 21 Korat, Nakhon Ratchasima, Thailand, sebentar tadi.

Keputusan itu menyaksikan anak buah Rakphol Sainetngam kekal dengan tiga mata selepas tiga perlawanan selepas hanya melakar satu kemenangan menewaskan Brunei 11-0, Ahad lalu.

Thailand dan Vietnam kekal di kelompok dua teratas Kumpulan A dengan sembilan mata tanpa sebarang kekalahan.Jaringan tunggal negara hadir menerusi Abu Haniffa Hasan pada minit ke-30 dan gol Thailand di dijaringkan oleh Atippong Munplhai, Thanawat Koedbangrachan dan Therdsak Charoenphong.

sumber:- stadium astro

Malaysia akan meneruskan cabaran berdepan Timor-Leste, esok.