sukan

Kelab ikat Malaysia kini nombor satu

Pengendali Auckland FC, Steve Corica, menuntut The Black Knights, pendatang baharu Liga Australia (Liga-A) itu memberikan tumpuan mengekalkan prestasi selepas memimpin kejuaraan teratas Australia.

Anak buah Corica sebelum itu melakar kemenangan ketiga berturut-turut selepas mengatasi Wellington Phoenix FC, 2-0 dalam ‘Kiwi Clasico’ yang berlangsung di Stadium Wilayah Wellington.

Dua ledakan gol Jake Brimmer penghujung perlawanan pada minit ke-89 dan m-96 membolehkan kelab New Zealand mengekalkan rentak dua kemenangan sebelum ini mengatasi Sydney, 1-0 dan Brisbane, 2-0.

Black Knights sebelum ini melakar keputusan seri 1-1 ketika berdepan Harimau Malaya dalam perlawanan persahabatan tertutup di Stadium Go Media, Auckland, 11 Oktober lalu.

Sebagai rekod aksi berdepan Auckland, merupakan sebahagian perlawanan menjelang pertemuan persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand Stadium North Harbour.

“Kami telah berusaha mengumpulkan barisan pemain terbaik yang mula menunjukkan keberhasilannya“Ya, kami mungkin mengejutkan dengan keputusan positif dalam tiga perlawanan pertama tetapi tugas sebenar kami adalah untuk meneruskan konsisten, itu adalah perkara utama bagi saya.

“Ini kerana masih terdapat banyak lagi perlawanan dan jika kami dapat mengekalkan keputusan positif sepanjang musim ini, saya sangat gembira,” kata Corica, juga bekas pengendali Sydney FC.

Pada masa sama Corica mengakui sokongan padu penyokong-penyokong juga membantu melonjakkan momentum pasukan berkenaan.“Semua orang bekerja keras untuk satu sama lain. Kami sudah mempunyai ikatan kuat dan kami pergi bersama dalam semua yang di lakukan.

sumber:- stadium astro

Kami hanya perlu meneruskan, dan kami tidak terlalu terbawa-bawa dengan tiga kemenangan ini kerana ia agak awal musim ini.
“Saya tidak boleh meminta apa-apa lagi daripada mereka dalam tiga perlawanan, sembilan mata, tiga gol tanpa bolos dan menjaringkan beberapa gol yang bagus juga,” katanya. – Sinar Harian