sukan

Janji selesai dalam tempoh 2 minggu

Isu membabitkan ketiadaan visa dan tunggakan gaji dialami jurulatih dan pemain Kelantan Darul Naim (KDN) FC tampaknya bakal terlerai dengan nada positif selepas pasukan itu menunjukkan usaha untuk menyelesaikannya dalam tempoh dua minggu.

Perkembangan itu disahkan ejen dari Korea Selatan, Myeongho Jeong menerusi kemaskini di Instagram Storynya yang memaklumkan pasukan itu sudah mengadakan perbincangan dengannya membabitkan kemelut itu yang menjadi tular sejak minggu lalu.

“Pasukan menghubungi saya hari ini (semalam) dan mengadakan rundingan dengan berjanji untuk menyelesaikan semua isu ini dalam tempoh dua minggu.

“Saya tidak akan mengeluarkan sebarang komen negatif mengenai pasukan itu buat seketika.”Jadi saya dan pemain akan menunggu (semua perkara itu diselesaikan),” kata Jeong.

Sebelum ini, Jeong mendakwa jurulatih dan pemainnya terpaksa tinggal secara haram di negara ini apabila tidak mendapat visa daripada pasukan terbabit selepas enam bulan. minggu lalu.

Menerusi kemaskini di Instagram Story, Jeong menyatakan jurulatih dan pemain itu tidak boleh pergi ke mana-mana dan tidak boleh menaiki pesawat untuk menyertai perlawanan di tempat lawan dan lebih malang, pemain dari Myanmar turut terpalit masalah sama.

Malah, lebih memburukkan keadaan adalah pasukan terbabit tidak membayar gaji selama tiga bulan termasuklah sewa rumah dan juga bayaran kereta yang tidak dilunaskan.

sumber:- BH

“Jika perkara ini tidak diselesaikan pada minggu depan, saya akan mengemukakan aduan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA). Ini amaran terakhir,” katanya minggu lalu.