sukan

Keputusan aksi dua pemain Malaysia di Final Masters Indonesia

Tiada khabar gembira dari Surabaya apabila dua wakil negara, perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin dan perseorangan wanita, K Letshanaa tumpas dalam perlawanan akhir Masters Indonesia II.

Aidil Sholeh terpaksa akur dengan wakil tuan rumah, Alwi Farhan yang juga pilihan kedua selepas tewas 10-21, 9-21.

Letshanaa, yang juga pilihan ketiga turut tewas kepada pemain Indonesia, Ni Kadek Dhinda Amartya Pratiwi selepas tewas 19-21, 17-21.

Menurut Letshanaa, dia mengakui ada perkembangan positif dalam permainannya dan bertekad untuk mengekalkan momentum.
“Sudah tentu ini mengecewakan, kerana di atas kertas saya seharusnya menang, saya juga mendahului dalam kedua-dua permainan,” katanya.

“Tetapi itu adalah kenyataan, dan saya tidak mahu terfikir mengenainya. Mencapai final Super 100 pertama saya, selepas suku akhir di Super 100 Malaysia dan separuh akhir di Cabaran Antarabangsa Indonesia minggu lalu, adalah pencapaian yang baik bagi saya.

sumber:- HM

“Saya dapat melihat lebih konsistensi dalam permainan saya, dan saya hanya perlu terus bekerja keras. Diharapkan, saya akan memasuki 50 teratas dunia tahun ini,” tambah Letshanaa, yang akan menyertai satu lagi kejohanan musim ini, Super 300 Syed Modi International dari 26 November hingga 1 Disember.